Monday, May 18, 2009

benarkah tuhan itu maha adil?

terlahir dari keluarga islam, dan hidup dilingkungan orang-orang islam, mempelajari islam dan memeluk islam. sering mendengar ceramah dan tazkirah-tazkirah dari da'i-da'i. "setiap orang islam akan masuk syurga", begitulah ungkap kebanyakan ustaz. tapi hati hingga saat ini belum bisa menerimanya. apakah benar semua umat islam akan masuk syurga???

mereka lahir dari keluarga nasrani, yahudi, budha, hindu, tidak beragama. hidup dilingkungan mereka, mempelajari kepercayaan mereka serta mengikuti dan meyakininya. bagaimana dengan nasib mereka kelak diakhirat? mereka juga berbuat kebaikan, membantu sesama, tidak melakukan kejahatan. bagaimana dengan mereka?apakah mereka akan dimasukkan kedalam neraka??

jika semua yang beragama islam itu akan masuk syurga dan yang tidak islam akan masuk neraka, kita akan bertanya-tanya.."benarkah TUHAN itu maha adil?"

TUHAN itu maha adil..pasti tuhan itu maha adil...tidak mungkin tuhan itu zalim. Dari awal pengutusan rasul-rasul-NYA, setiap rasul itu menyeru setiap manusia agar menyembahNYA dan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu apa pun.

setiap insan yang menyembahNYA dan tidak menyekutukanNYA, maka mereka berhak untuk mendapat pembelaan TUHAN..sedangkan setiap insan yang tidak menyembahNYA serta menyekutukanNYA, maka mereka pun berhak untuk mendapat azab serta hukuman dari TUHAN. agama apa pun yang mereka anut, apa bila mereka menyembah TUHAN dan tidak menyekutukanNYA dengan apa pun, maka mereka berhak mendapat pembelaan TUHAN. dan bagi mereka yang tidak menyembahNYA atau menyembahNYA serta menyekutukanNYA, agama apa pun yang mereka anut, mereka pun berhak mendapat hukuman ALLAH.
wallahu'alam..

mencintai kerana ALLAH ?


Terlalu sering saya mendengarkan dan membaca kat-kta ini. hingga saya berfikir dan mencari jawabannya dari soalan di hati."saya mencintai kamu kerana ALLAH" kata-kata ini terlalu manis dan sangat indah. sangat cukup dan mampu membuat setiap yang menerimanya menjadi terlena.

"saya mencintai kamu kerana ALLAH"..adakah ini benar? atau hanya pemanis kata yang dibuat seperti pemanis buatan yang ada dalam minuman.
bagaimana seorang lelaki mencintai seorang gadis yang bukan muhrimnya kerana allah..?
apakah ini hanya sekedar pemanis atau penghias kata?

"seorang lelaki berhubungan dengan seorang wanita, dan berhubung hanya diantara mereka. mengungkapkan rasa sayang antara mereka dan keinginan mereka. mengungkapkan kata-kata"sayang" yang disisipi kata "kerana ALLAH". sungguh indah..sungguh terlihat dan terdengar indah hubungan ini. tapi, benarkah ini "mencintai kerana ALLAH"?

bagaimana pula dengan ini?

"seorang lelaki berhubung dengan seorang perempuan, dan ingin segera menikahi wanita itu sebab tidak ingin berdosa dan takut akan diazab oleh ALLAH. lebih memilih jalan menikah secepatnya dan berusaha kearah itu tanpa kata-kata manis "aku mencintamu kerana ALLAH".

bagaimana mungkin benar perkataan "aku mencintaimu kerana ALLAH" kepada seorang gadis yang bukan muhrim. sedangkan terselip keinginan terhadapnya dihati.
jika benar perkataan itu, coba jelaskan. apakah ALLAH memberi perintah untuk mencintai gadis/jejaka itu. atau ada sebab seperi diwajibkannya untuk mencintai ALLAH..?
JUJUR PADA HATI...adakah cinta dihati ini untuk ALLAH?sebesar apa? jujur pada hati...

bagaimana mungkin seseorang mampu mencintai sesuatu yang tidak pernah dikenalinya. bagimana mungkin seseorang mampu mencintai sesuatu yang tidak ia ketahui..