Monday, May 18, 2009

mencintai kerana ALLAH ?


Terlalu sering saya mendengarkan dan membaca kat-kta ini. hingga saya berfikir dan mencari jawabannya dari soalan di hati."saya mencintai kamu kerana ALLAH" kata-kata ini terlalu manis dan sangat indah. sangat cukup dan mampu membuat setiap yang menerimanya menjadi terlena.

"saya mencintai kamu kerana ALLAH"..adakah ini benar? atau hanya pemanis kata yang dibuat seperti pemanis buatan yang ada dalam minuman.
bagaimana seorang lelaki mencintai seorang gadis yang bukan muhrimnya kerana allah..?
apakah ini hanya sekedar pemanis atau penghias kata?

"seorang lelaki berhubungan dengan seorang wanita, dan berhubung hanya diantara mereka. mengungkapkan rasa sayang antara mereka dan keinginan mereka. mengungkapkan kata-kata"sayang" yang disisipi kata "kerana ALLAH". sungguh indah..sungguh terlihat dan terdengar indah hubungan ini. tapi, benarkah ini "mencintai kerana ALLAH"?

bagaimana pula dengan ini?

"seorang lelaki berhubung dengan seorang perempuan, dan ingin segera menikahi wanita itu sebab tidak ingin berdosa dan takut akan diazab oleh ALLAH. lebih memilih jalan menikah secepatnya dan berusaha kearah itu tanpa kata-kata manis "aku mencintamu kerana ALLAH".

bagaimana mungkin benar perkataan "aku mencintaimu kerana ALLAH" kepada seorang gadis yang bukan muhrim. sedangkan terselip keinginan terhadapnya dihati.
jika benar perkataan itu, coba jelaskan. apakah ALLAH memberi perintah untuk mencintai gadis/jejaka itu. atau ada sebab seperi diwajibkannya untuk mencintai ALLAH..?
JUJUR PADA HATI...adakah cinta dihati ini untuk ALLAH?sebesar apa? jujur pada hati...

bagaimana mungkin seseorang mampu mencintai sesuatu yang tidak pernah dikenalinya. bagimana mungkin seseorang mampu mencintai sesuatu yang tidak ia ketahui..

No comments:

Post a Comment

terimakasih sebab sudi mengunjungi blog sy...
smoga bermanfaat untuk semua..